Pin It

Kurma Ajwa | Kurma Nabi



Kurma Ajwah (Harga termasuk POS untuk 500g dan 1kg sahaja). Harga diskaun akan diberikan jika pelanggan hadir ke kedai kami.


Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa.

Sabda Rasullullah SAW.: “Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.” (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)


Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya, sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa. Ia juga mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

Kurma Ajwa mempunyai saiz sederhana, kedutan lebih banyak dari kurma lain, kalau dilihat betul-betul kedutan pada kurma itu membentuk kalimah Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)


Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkahan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi SAW yang mulia.


No comments:

Post a Comment