Pin It

Pembekal utama Daun Bidara

Assalamualaikum,

Sejak mula kami menggunakan medium blogspot, kami dapati ramai sebenarnya ingin mencari daun bidara yang sebenar.


Kegunaan daun bidara sebenarnya telah banyak di bincangkan oleh para Ilmuan dalam bidang perawatan Islam. Masyarakat kita juga sebenarnya sudah lama menggunakan daun ini. Hanya muktahir ini, apabila munculnya pelbagai produk sampingan dari daun bidara, hasil carian di blog kami mengenai daun ini lebih tinggi dari biasa. (Mungkin juga faktor masyarakat sudah celik IT dari golongan muda dan warga emas)

Melalui artikal kami pada bulan Jun 2012, telah banyak permintaan daun bidara dari kami. Ada yang bertujuan untuk kegunaan sendiri mahupun untuk kegunaan Industri. (Pengilang sabun dan gel mandian bidara). Daun Bidara kami sangat terhad kerana kami mencari Daun Bidara di merata tempat dan ada juga hasil dari Kebun kami sendiri.

Biarpun Iblis tidak menyukai Daun ini, sebagai Hamba, kita hendaklah meletakkan Tawakkal pada Allah dengan akidah yang lurus. Jangan menjadikan Duan Bidara ini hingga menjadi Syirik kecil. Kegunaan daun bidara ini hanyalah pelengkap pada rawatan-rawatan lain yang telah di lakukan.

Contoh rawatan lain seperti Solat taubat, Solat Hajat, Berpuasa dan Membersihkan jiwa. Ini adalah rawatan yang masyarakat kita ambil mudah. Membuang sihir/ santau atau sebagainya bukanlah semata-mata menggunakan Daun Bidara atau Gel Mandian Bidara, Sabun Bidara, Spray Bidara atau produk seumpamanya.

Ingatlah, kesakitan yang di alami itu juga satu Anugerah Allah agar kita sentiasa dekat dengan-NYA.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment