Minyak Bidara. Bagaimana mahu gunakannya?

Minyak Bidara ini dibuat dari Pati Minyak Zaitun. Ianya tidak di hasilkan daripada Minyak kosong / “base oil”(Yang banyak dijual dalam pasaran)Minyak Bidara ini, jika di buat urutan ia licin dan tidak terasa kesat.Minyak Bidara ini di hasilkan bukan sahaja untuk mereka yang terkena sihir / santau, tetapi boleh juga di buat urutan ke seluruh tubuh badan.

Selain Herba dari Pokok Bidara, ia juga dihasilkan bersama Raja Kayu, Kemuning Hitam dan Gambir. Ramai pelanggan menggemari Minyak Bidara Merah (Panas) untuk di buat urutan. Kebanyakkan pelanggan yang membelinya adalah tukang urut tradisional, ahli Sukan dan orang perseorangan.

Di mana mahu sapukan minyak?
  1. Dari tungking hingga ke pangkal leher.
  2. Dari tumit, perut betis hingga ke belakang lutut.
  3. Di tepi bahu hingga ke bawah belikat.
p/s : Untuk kegunaan santau, usapkan minyak di atas bahagian perut (bawah ulu hati) dan gosokkan mengikut pusingan tawaf dan usap minyak hingga ke kerongkong. Bacaan asas yang boleh diguna adalah Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan 3 Qul.
Bagaimana menggunakan produk Minyak Bidara ini?
Ahli Sukan
  • Sapukan di kaki sebelum memulakan latihan.
  • Sapukan dibahagian otot yang akan digunakan. Contoh, Sukan Badminton : Sapu di bahagian kaki dan tangan hingga ke belakang belikat.
  • Bagi mereka yang minat ‘Hiking’, Minyak Bidara Merah adalah alat penting ketika mendaki. Boleh disapukan dibetis dan tulang belakang.
Wanita Mengandung / Selepas Bersalin.
  • Semasa Mengandung : Boleh sapunya Minyak Bidara Hijau di bagaian pinggang dan tulang belakang.
  • Semasa Mengandung : Boleh sapukan Minyak Bidara Merah di bahagian tumit dan betis.
  • Selepas Bersalin : Boleh gunakan Minyak Bidara Merah untuk di urut ke seluruh badan.
  • Minyak Bidara Hijau juga boleh digunakan kepada bayi jika terdapat ruam kulit. Ia berbeza dengan minyak telon yang banyak dipasaran yang menggunakan “base oil”.
Tukang Urut / Bekam.
  • Juru Bekam : Sapukan Minyak Bidara Merah ke seluruh badan klien. Buatkan bekam angiin dahulu dan kemudian bekam darah. Selepas bekam darah, sapukan Minyak Bidara Hijau ditempat yang di bekam. 
  • Tukang Urut : Sapukan Minyak Bidara Merah ke seluruh tubuh. Mulakan urutan seperti biasa dan kemudian tambahkan Minyak Bidara Hijau apabila perlu.
Jenis Produk 
  1. Minyak Bidara Hijau (Sejuk) 
  2. Minyak Bidara Merah (Panas)
Harga :
RM 35 Seluruh Malaysia.

Pembekal utama Daun Bidara

Assalamualaikum,

Sejak mula kami menggunakan medium blogspot, kami dapati ramai sebenarnya ingin mencari daun bidara yang sebenar.


Kegunaan daun bidara sebenarnya telah banyak di bincangkan oleh para Ilmuan dalam bidang perawatan Islam. Masyarakat kita juga sebenarnya sudah lama menggunakan daun ini. Hanya muktahir ini, apabila munculnya pelbagai produk sampingan dari daun bidara, hasil carian di blog kami mengenai daun ini lebih tinggi dari biasa. (Mungkin juga faktor masyarakat sudah celik IT dari golongan muda dan warga emas)

Melalui artikal kami pada bulan Jun 2012, telah banyak permintaan daun bidara dari kami. Ada yang bertujuan untuk kegunaan sendiri mahupun untuk kegunaan Industri. (Pengilang sabun dan gel mandian bidara). Daun Bidara kami sangat terhad kerana kami mencari Daun Bidara di merata tempat dan ada juga hasil dari Kebun kami sendiri.

Biarpun Iblis tidak menyukai Daun ini, sebagai Hamba, kita hendaklah meletakkan Tawakkal pada Allah dengan akidah yang lurus. Jangan menjadikan Duan Bidara ini hingga menjadi Syirik kecil. Kegunaan daun bidara ini hanyalah pelengkap pada rawatan-rawatan lain yang telah di lakukan.

Contoh rawatan lain seperti Solat taubat, Solat Hajat, Berpuasa dan Membersihkan jiwa. Ini adalah rawatan yang masyarakat kita ambil mudah. Membuang sihir/ santau atau sebagainya bukanlah semata-mata menggunakan Daun Bidara atau Gel Mandian Bidara, Sabun Bidara, Spray Bidara atau produk seumpamanya.

Ingatlah, kesakitan yang di alami itu juga satu Anugerah Allah agar kita sentiasa dekat dengan-NYA.

Wallahualam..